Saturday, October 24, 2009

♥Luahan hati♥

Langit tak selalunya cerah
hari tak selalunya indah
Tapi kita bisa memutarnya agar menjadi apa yang diingini
tetapi kita hanya merancang,& Allah s.w.t yang menentukan segalanya


Hidup aku sentiasa bahagia bersama keluarga, anak-anak saudaraku yang comel-comel belaka dan teman-teman seperjuangan. Aku bersyukur mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa memberi aku nasihat, dorongan dan sokongan dikala aku memerlukannya. Tanpa mereka aku rasakan tidak sempurna hidup ini. Anak-anak buahku juga sentiasa menceriakan hari-hari aku dengan telatah manja yang mencuit hati. Walaupun kadangkala kalian dimarahiku percayalah perasaan sayangnya aku terhadap kalian saling tidak tumpah. Pada teman-teman yang sentiasa tampil dikala aku dirundum kegelisahan dan kekeliruan serta sudi mendengar segala luahan hatiku ini aku ucapkan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersama kita dikala suka dan duka, susah dan senang adalah dinamakan sahabat. Dari situ kita dapat menilai yang mana lawan dan yang mana kawan.

p/s: pehal plak la aku t'emotional nie ngeehehehe..
:agak2 ley jd penulis novel ke x pon pling koman pon cerpen2 pendek ke hahahaha prasan sungguh

Sunday, October 18, 2009

♥Disebalik hantaran Al-Quran♥







“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih.

Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.

Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.

Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.“

Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.

Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih..

Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.

Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik

menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab.

Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar

hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba

Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.

Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.“ Ala , besar lah pakcik.

Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu

keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.“Sibuk je

la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul

secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat

pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar

menantikan ucapan indah tersebut.

Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak

percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman

dengan Pak Imam.

Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna

putih.“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil

melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat

mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali

oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi

baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.

Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang

sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris

giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd“Apa benda nih ” detik hati Nabil.“






Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah

pengantin perempuan.

Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan

kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.

Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti

begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM..

MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.Nabil

berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah

dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah

menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah

ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar,

tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini

rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan

menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab

AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.

Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,

menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang

yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi

orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang

menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.




Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa

isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.

Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





read dis..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and hisrelatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man byhis head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelakiitu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki ituberada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar danNakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supayamereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenaiketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlahtugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati diadimasukkan ke dalam Syurga.

'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you willhave no grief.

' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Akuadalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suarayang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.

'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.

'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.

'Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.

'May Allah bestow this favour on all of us.


p/s:

*ingatkan semua termasuk diri aku sendiri supaya rajin baca Al-Quran

*kalau tak pandai baca Al-Quran xleh kawin ngehehehe(B_B)

* gmbar yang owg tga mengaji tu hanya hiasan xde kne mngena ape2 pon:)

















Friday, October 16, 2009

♥For the First time♥

for the first tyme i post blog..fuhhh!!! at last apa yang aku nak buat menjadi jugak. As u all do no aku nie memang suka tangguh-tangguh bile buat kerja. For sure mesti menjadi persoalan kenape aku nak buat blog an.. erm..actually i suke bace blog orang, and antara blog2 yang aku suke bace adalah blog pengarah uitm segamat..Blog beliau banyak membuat aku bersemangat nak tulis blog and finally entry nie pon telah terpost..hehehe..Because of this is my first entry aku tak rase nak melalut pnjang2 ngeehehehe..
Lastly hope aku dapat post entry2 yang menarik pada masa akan datang..
Jumpa di entry yang akan datang!!(^_^)

p/s:
*ayat skema sey xleh blah..(^_-)
*byk kekurngan dalam blog nie i will try to improve k..