Friday, January 8, 2010

♥"BFF" Best Friend Forever♥

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
kita selalu melihat dia
ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita
sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu.....tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu.

No comments:

Post a Comment